Minggu, 12 Desember 2010

30 HAL YANG PERLU ANDA KETAHUI TENTANG WANITA

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sulit mencari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu banyak wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang suka akan pujian tetapi selalu tidak tahu bagaimana menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang suka dengan kamu, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia sudah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya seorang gadis mulai menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluapkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluapkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius bisa mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cobalah mulai dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali menebak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapa aku tak bertemu lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis, cobalah rajin-rajin membuka buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa yaitu di hatinya!
22. Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata hanya ingin mendapatkan teman mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, pengorbanan, jujur dan kebahagiaan tanpa sembarang kompromi.
26. Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintai mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kartu ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang berkorban demi mereka dan baik terhadapnya. So,kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

0 komentar:

Get Free Shots from Snap.com